SUDUT MOTIVASI

ALHAMDULILLAH....segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam....Syukur ke hadrat ilahi...kerana telah melimpahkan rahmat dan kasih mu kepada hamba-hambamu di bumi ini....Disamping suka-suka menulis di blog...tergerak pula hatiku untuk berkongsi ilmu dan kata-kata perangsang yang dipetik dari buku Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia...

Untuk harini saya ingin berkongsi dengan anda...APA YANG ADA DENGAN YA!!!!....Semua ni sebagai peringatan untuk diriku jugak....

YA!!...Tanda menyahut...panggilan seseorang kn?? Bukan ni yang dimaksudkan...tapi..katakanlah ...
YA!!! ..pada benda2 yang baek....taw,.. :)


Katakan YA!!! pada.....

~ Senyuman yang cantek dan manis yang dapat memberi kasih sayang dan kebahagiaan kepada orang lain
~ Tutur kata yang baek yang dapat menjalinkan persahabatan dan menghapuskan hasad dengki
~ Derma yang dapat membahagiakan orang yang susah dan mengenyangkan perut yang lapar
~ Membaca Al-quran, merenungi, mencium dan mengamalkannya...
~ Memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan, rajin berdoa dan sentiasa "Renew" taubat
~ Menutup Aurat bagi memelihara diri kita..
~ Berkawan dengan wanita-wanita yang baik dan mempunyai rasa takut pada Allah
~ Menghormati dan menjaga hati ke dua ibu bapa kita
~ Menuntut ilmu-ilmu yang berguna

Inilah serba sedikit ringkasan yang aku dapat kongsikan pada hari ini...

SEMALAM YA!! HARINI TIDAK!!!



Bercakap tentang tidak ni...haaaa....Aku sendiri pon ada gak yg terkena batang hidung sendiri !! hahaha Ahdoiy....tapi x pelahhh manusia biasa...mcm ni laaaa....So...Motivasi untuk harini..ialah:-
Berkata TIDAK!!! pada....

1. Mensia-siakan umur...seperti sentiasa berdendam dan selisih faham antara satu sama lain...
2. Pulun sangat menghasilkan wang sampai kesihatan sendiri terabai, keluarga terabai, tidur x lena dsb.nya
3. Suka mencari kesalahan orang, mengumpat sana-sini sampai tak hengat kesalahan & aib sendiriii...opss
4. Mabuk Kepayang ...~lalala~...sampai x hengat halal haram....ermm
5. Takkan mensia-siakan dengan membuang masa dengan org yg menganggur & buang masa dengan sia2...  (Alamak!yg ni aku touching sgt...hopefully...aku x mcm tu lah...)
6. Tak menjaga kebersihan diri..rumah...dsb, nye lahh
7. Minum minuman yg harammm....(taw kn..ape,,,,??)
8. Mengingati kisah silam yg ntah pape...

So..janganlah kita membuang masa dengan perkara2 yang merugikan kita...sebaiknya..isilah masa kita dengan perkara-perkara yang dapat menenangkan jiwa dan pkara2 yg berfaedah....Banyakk lg benda yg berfaedah kn?? 


No comments:

Post a Comment